Tuesday, December 24, 2013

Cerita cubaan untuk mengandung (Try to Concieve, #TTC) lagi

Okey.

Ni cerita pergi mengurut atas permintaan mencuba my beloved best friend Nazzirah dan Zahirah dan tak lupa juga Syukriah.. Bebudak ni suma kawan masa degree same course and Zahirah and Syukriah ni roomate.

Sebenarnya semua kawan-kawan ni pregnant, Zahirah and Syukriah ni tgh tunggu masa nk deliver je. Then, Nazzirah ni plak, dia keguguran last month, then this month dah pregnant balik. Rasa diri ni je dah kawen 2 tahun awal dari mereka tapi Allah masih menunda rezeki zuriat untuk keluarga kecil kami. Takpa, yang penting Allah kurniakan rezeki lain yang masih buat aku boleh tersenyum gembira. Ameen. Sesungguhnya rezeki Allah ini banyak cabangnya dan setiap apa dikurniakan pada kita itu adalah rezeki.

Cerita bermula bila kawan aku tu, Nazzirah die misscarriage, then lepas tu die kene pantang macam orang mengandung, so die pergi la mengurut dengan sorang mak cik ni dekat Shah Alam. Kami panggil mak cik ni "Mak Teh". She is very friendly and easy going person. So you can't feel uncomfortable during her "urut" or soalan-soalan cepu cemas yang dia tanya. My friend , Nazzirah ni, or kami suma panggil die "aa" saja, cakap dia pergi mengurut dengan mak teh lepas keguguran hari tu, then trus lekat, a month after. The die mention kt group watssap, dengan perasaan takut2 sb dctor pesan suruh berehat dlu tp dah terlekat.

Dalam group tu suma duk suruh la aku pegi mengadap mak teh ni. Senior kami pn ade yg dah conceive jumpe mak teh ni, die pun 2 tahun kawen. So mgu lepas sabtu aku pergi la mengadap. Then mak teh ni mcm mistik skit la, die tnya nama kami suami isteri, mak kami, then anak ke brapa so on and  so on. Lepas tu die urut-urut, then die ckp badan aku ni keras la ape la. Mcm-macam la org tua2 ni kan. Lepas tu die suruh kami beli susu kambing ade habbatusauda', susu ni perisa coffee.. dan sangat sedap! Mak teh ade bagi maajun , suruh makan sampai period. Die kata period nnti lebat sikit. Lepas tu datang balik jmpe die tp tak mo bersama (Ehem2) lepas 3 hari period tu. Datang tu bawa barli, madu tualang and telur ayam kampung. Sgt mistik, trus confius. Tp cuba la sb dr pemerhatian mak teh ni tade jampi pelik2 kan. Tapi maajun tu best sb buat ak sendawa je utk buang angin dalam badan. Niceeeeeeeeee!

So, kite turutkan aje la dulu kan?

To be continue!
(lepas jumpe bw brg2 tu nnti kite cite lagi k?)

No comments: