kini aku menghampiri jalan yang akan aku pilih sendiri
sedangkan aku
sebelum ini, hanya mengikut hala tuju yang telah ditetapkan oleh parents aku
dari sekolah
pilihan Universiti
pilihan penempatan matrikulasi
pilihan universiti lagi
di UM pilihan kursus
pilihan majoring
semua aku ikut pendapat ma and abah
kini
semua aku kene pikir sendiri
tnyer ma pon, ma suh aku buat pilihan sendiri
kini anak ma and abah da besar
harus punyai hidup
haluan sendiri
tapi aku masih ingin dibelai seperti dulu
ketika zaman kanak-kanak ku
tiada apa yang perlu aku fikirkan
aku cuma perlu hidup mengikut kehendak abah and ma
tiada apa yang perlu aku risaukan
kini
aku harus
aku punyai hati untuk dijaga
aku punyai mereka untuk dirisaukan
aku tidak mahu ma and abah sedih
aku tidak mahu mereka kecewa
aku cuma minta aku dapat membahagiakan mereka
sebab aku
terlalu sayang,
terlalu kasih,
terlalu hormati,
terlalu risau kan diri mereka,
semuanya untuk mereka
aku juga tidak mahu Allah mengambil mereka dari aku terlalu awal
aku ingin bahagiakan mereka
dengan keringat aku
seperti mana mereka sayang dan sanggup berkorban apa sahaja terhadap aku
walaupon aku ini
banyak kerenah
banyak kelemahan
kadang-kadang melenting
kadang-kadang membuat mereka kecewa
aku sedih
sebab aku tak mahu mereka kecewa
aku takut
sebab ia adalah kesalahan dan kezaliman besar aku lakukan jika aku membuat mereka sedih
aku tidak mahu setitis pun air mata mereka menintis tika aku meniti hidup ini
hidup yang sangat perit dan pedih
yang perlukan banyak usaha untuk segalanya
perlu pengorbanan dalam menitinya
mungkin tidak benar jangkaan aku terhadap dunia
aku selalu fikir yang dunia luar sane kejam
tidak berperikemanusiaan
sebab aku rimas dan takut untuk menghadapinya
sedangkan ini adalah kenyataan hidup yang perlu aku hadapi
aku takkan kemana jika level hidup aku hanya takat ini
aku perlu ke fasa seterusnya
aku sibuk fikirkan jiwa yang aku perlu jaga
tetapi aku juga perlu memberikan ruang untuk hati aku ini rasa bahagia
aku cuma inginkan semua jiwa yang ada disekeliling aku bahagia
aku juga perlu kebahagiaan ini
melihat semua bahagia
aku cemburu
kini aku hampir memiliki semua bahagia itu
tapi aku perlu pertahankan
sabar dan usaha untuk mempertahankan semua yang aku bina
aku kini ada sedikit bahagia itu
cuma mengharapkan masa depan tidak kejam untuk menghukum aku lagi
sesungguhnya keperitan dan kepedihan itu terlalu palat untuk aku lalaui lagi
aku juga sudah tidak mampu untuk menghadapinya
aku juga sudah tidak mahu kekosongan itu lagi
aku juga sudah tidak inginkan kesunyian itu
aku ingin kebahagiaan
tapi bahagia bukan setiap masa akan aku perolehi
tetapi ia mungkin ada
kecewa
sedih
palat
kehilangan
kecemburuan
ketakutan
tetapi, ini boleh di atasi
boleh di sembuhi
semuanya mungkin dalam hidup ini
cuma kita harus tabah
teruskan kehidupan
berjalan dan melangkah terus
ikut kata hati yang ikhlas
ikut akal yang waras
disusuri dengan iman dan keikhlasan
hidup tidak akan mungkin menjadi terlalu pahit
hidup juga tidak mungkin terlalu palat
kini aku perlu melangkah dengan yakin dan ikhlas
untuk memiliki hidup yang perlukan usaha untuknya
GEREJA DIBENAR MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH
4 hours ago






1 sila komen:
dunia adalah penjara bagi org beriman agar dia memiliki kebahagian yg hakiki... hidup tanpa cabaran tak bermakna. a success people always look at problems positively. so expand ur positive aura to attract positive people, dearie~
:)
Post a Comment