Monday, April 28, 2008

~~ matahariku by Agnes Monica ~~

tertutup sudah pintu, pintu hatiku
yang pernah dibuka waktu, hanya untukmu
kini kau pergi dari hidupku
ku harus relakanmu walau aku tak mau

* berjuta warna pelangi di dalam hati
sejenak luluh bergeming menjauh pergi
tak ada lagi cahaya suci
semua nada beranjak, aku terdiam sepi

** dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku
ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
tentangku yang tak mampu melakukan waktu

repeat *

dengarkanlah kau matahariku

dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku

repeat **
bermula dengan exam pagi tadi = paper air???
paper air = okiey la, boley la, tade la teruk cam paper AGA.......huhuhu
pastu makan kat fakulti sains ngn Z
teman die antar brg kat Dr. Roy
balik2 aku mau tdo....sekali aku main tenet, Z yg tido.............
huhuhuh
NEXT, pegi midvalley sebab teman kawan aku, Zdan juga pija, sebab die, Z nak sgt2 nak makan BIgApple.......donat yang best tue......
jln2 kat MIDvalley tu, jumpe la si mamat ni, iaitu AMINAS solihin....
oh, yer.....
sok hari jadi die.....
hepy buffday 'mineh'

..:: munajat CiNta::..



Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang, menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah

Hati ini, selalu sepi,
tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu, pupus

[Chorus:]
Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya

Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus



Friendster Comments / Friendster Layouts / Friendster Comment

Sunday, April 27, 2008




siapa kamu???
kenapa kamu begitu???
bijak kah kamu???
apa yg kamu cari dalam hidupmu????
cukupkah apa yang kamu ada??
bagaimana kamu masa akan datang???
berjayakah kamu???
bahagiakah kamu??
cuma diri sendiri yang boleh menjawab segala persoalan ini!!!!
siapa cinta kamu?????
mama???
abah????
AWAK???
angah??
achik???
adik Aik???
adeq???
sahabat???

.:: Aku tinggalkan CINTA kerana DIA::.

Assalamualaikum, disini saya ingin berkongsi satu cerita yang saya dapat dari sebuah majalah sekolah agama adik saya...

Cerita dibawah ini adalah cerita sebenar luahan hati seorang lelaki yang dipetik dari empunya. Harap dibaca dengan teliti, amat menyayat hati..

Hati yang dahaga, mengharapkan sinar cinta..

Wahai teman-teman sekalian, kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri.Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar apa yang telah Allah swt tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.



Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelakdan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul sacara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah swt, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah sayya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir bicaranya, bersopan -santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mensyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu, Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Sayatidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.

Pada hari terakhir saya disana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mangambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang saya boleh nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amt kekok bercakap dengan semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual denagn dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakanhasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami menghadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas,ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap. Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahuummi sudah tahu perihal sya dan ummi tidak suka. Sayatidak pernah menggangapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadidengan saya pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tidak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what are you doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweerheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta, dan ianya tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkanya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata: "It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah denagn saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami menjadi seorang insan yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali ketelanjuran kami dahulu dan mamohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami. Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insyaallah, sekiranya Allah swt panjangkan umur, sebaik saja sahaja saya tamatkan pangajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu,dan saya berusaha sedaya upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya. Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuib a.s beribu-ribu tahun dahulu??
*Mafraq, Jordan

Nota: Adakah kita semua begitu?? :(

P/s:saya harap article diatas dapat dijadikan sempadan kepada semua dalam kehidupan, oleh itu saya ikhlas ingin berkongsi dengan semua... Saya sendiri turut mendapat pengajaran darinya dan lebih berhati-hati membuat keputusan..
Wallahualam..
Al-kisah... (kedengaran muzik latar ala-ala arabian..)

Di suatu hari, 5 jari bersaudara bersembang sesama mereka. Tiba-tiba, ibu jari bersuara, "korang semua cuba teka, siapa yang paling 'terer' sekali dalam banyak-banyak jari?". "Siapa?" jari-jari yang lain mula memberikan respon. Haha, akulah yang paling 'terer' sebab aku ibu segala jari dan aku adalah yang paling besar sekali. Kata ibu jari dengan angkuh.

"Eh..tidak, tidak.. akulah yang paling 'terer' dan berkuasa sekali. Sebabnya, asalkan aku tunjuk sahaja semua orang mengikut perintahku". Jari telunjuk pula menyatakan kelebihan diri.


"Aik! mana boleh! akulah yang paling 'terer'. Sebabnya dalam banyak-banyak jari, akulah yang paling tinggi. Korang semua berkedudukan rendah dari aku haha!" Jari hantu pula yang mengaku dirinya paling berkuasa.

"Nanti dulu,, agaknya kau orang sudah lupa ya? akulah yang paling kaya antara kita berlima. Sebabnya, manusia memakai emas dan berlian dibadan aku! cincin dan permata disarungkan padaku". Jari manis pula bersuara.

Mendengarkan 4 saudaranya beradu kekuasaan, jari yang kelima pun berfikir sendiri. "Apalah kelebihanku ini, sudahlah kecil, pendek dan tidak kaya pulak..". Setelah penat memerah otak, dia mendapat satu idea. "Hah! aku dah dapat!". "Wahai saudara-saudaraku, sebenarnya akulah yang paling kaya, paling 'terer' dan paling berkuasa!" katanya dengan lantang.

"Eheh budak kecik ada hati nak berangan mengalahkan kami ya!, hah! kenapa pula kamu yang paling berkuasa?" soal jari hantu. Hatinya mengejek si kecil itu.

" Aku adalah raja!" ujar jari kecil. "Hah? raja mana pula kau ini?" jari telunjuk pula bertanya. "Aku raja Keling, kelingKING !" jari kelingking pun ketawa sekuat hatinya, kerana dapat mengenakan 4 saudaranya itu. Jari-jari yang lain semuanya diam tidak terkata apa-apa.

Akhirnya, kalah jugalah semua jari-jari yang sombong dan angkuh itu dengan KEBIJAKSANAAN jari kelingking.

Tamat.




paper seterusnya adalah pengurusan air..........
huhuhuhu....tatau nak cover ape
pelik, sebab cara pengajaran Dr G di alam maya.......
keputusan diambil untuk membace jer sumer asgmen yg dibg oleh die sebelum ni...........
1st time blaja macam ni....
tapi tape la, ade pengalaman.......
uhuks3
penin gak la otak ak ngn die ni....
jap g a'a nk dtg.... k lah ak blah dulu....
lum mandey lg ni....hahahah......blogger dlu.....chiou!!

Friday, April 25, 2008



Bila Diri Disayangi

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri



Hari ni, aku rase sayu dan sedih sangat..........................

Ingat kan ma, abah, dan adik-adik........................................

Merenung diri yang banyak membuat dosa padaMU......

Ingatkan sesuatu yang teruk aku lakukan 2,3 hari ini.......

Sedey dan aku sangat la jahat......................

Mase aku ceritakan pasal benda ni.....

Air mate aku laju jer mengalir membasahi pipi aku ni..........

Teringat kan sume org yang baik, jahat, jauh, dekat, sayang dan rindu pada aku.........

Mungkin aku bukan la seorg yang sangat istimewa untuk dirindui oleh semua org, tapi bagi yang sudi mengingati aku....terima kasih aku ucapkn...

Dengan paper exam aga yang aku tak dapat jawab....aku rase bersalah pada diri ini, sebab lalai dan cuai dalam mengulangkaji pelajaran yang merupakan amanah yang telah diberikan kepada ku, amanah yang sangat besar dan kali ini aku lalai dalam menunaikannya......aku mohon maaf pada ma dan abah, aku ni anak yang sangat teruk...........................

Tapi akan aku usahakan untuk paper seterusnya.....

Semoga aku tidak lalai lagi...........

Doakan aku wahai sahabat2 yang ak hargai selalu...................................

Gadis, aku mohon maaf bukan niat hati ini nak jauhi kamu............

Tapi aku sudah tawar hati....tapi walau ape yang telah kau lakukan pada ku, aku tetap maafkan kau....walau bagaimana kau, kau tetap sahabat......

Itu aku tidak pernah nafikanya.........

Cuma kadang2 hati ni tidak dapat menerima kamu yang sebegitu................

Mungkin aku berdosa, tapi itulah hakikat hati ini GADIS.......

Sahabat2 yang selalu menyokong ku....terima kasih tidak terhingga buat kalian........

To all spasian; zach, pija, ana, ezyan, aziah, az, nani, didiey, leo, otel, mineh, amer dan lain2.....tQ sebab tidak jemu ngn diri ku ini ....

Jika ada yang membuat kalian menyampah dan tak suka....mohon kemaafan.....

A lots of luck for our next paper...................

Spasian VaXX....XoXo....

Cayang kamu sume..........

Kak lily, emy. Nadia, arimah, wannie, mardia, chong, yiee ching, Qian die and all.............

Wednesday, April 23, 2008

WheN gurls cry

If a girl cries in front of u,
It means that she couldnt take it anymore.

If u take her hand,
she would stay with u for the rest of ur life.

If u let her go, she couldnt go back to
being herself anymore.

A gurl won’t cry easily,
except in front of the person whom she
loves the most,
she becomes weak.

A gurl wont cry easily,
only when she love u the most,
she put down her ego.

Dalam hati...

Aku baru berbicara dengan teman yang sedang bercinta. Ceria sahaja suaranya. Riak muka tersenyum bercahaya. Indahnya anugerah Tuhan. Hanya cinta kepada manusia begitu hebat impaknya. Belum lagi cinta kepada Tuhan yg Maha Esa.

Namun aku ingin bicara mengenai cinta manusia. Keinginan aku untuk merasainya. Sukar untuk sesetengah orang untuk mempercayai yang aku tidak pernah bercinta. Walau sekali, walau sekejap. Tidak pernah. Satu nikmat Tuhan yang tidak aku rasai. Nikmat cinta. Nikmat kasih sayang memang dirasai. Aku bersyukur kerana ibu, ayah, keluarga memberikan aku kasih sayang tidak terhad atau terbatas. Malah melimpah ruah. Aku bertuah. Cuma aku ingin....



Aku ingin merasa hati melonjak mendegar bicara
Aku ingin merasa jantung berdegup kencang gembira
Aku ingin tersenyum mengenang saat bahagia
Aku ingin mengarang kata puitis meluah cinta
Aku ingin membaca madah indah, dihujani kasih
Aku ingin ....

Namun aku sedar, aku juga puncanya.
Tidak ingin berkasih semasa belajar...
Cinta ku bayangkan bersemi selepas kahwin...
Namun aku masih sendiri. Melihat dunia sehari-hari dengan senyum dan ketawa. namun dalam hati....

Aku sedar mungkin aku tidak akan dapat merasainya. Cinta seorang kekasih. Ini mungkin ujian buatku. Aku redha...dalam kesedihan. Aku hanya manusia.

saye budak yang amat la teruk!!!!!!

saye sungguh malas blaja sem ni...kenapa??? kenapa???? kenapa????
banyak lagi aku tak cover ni.............
tadi paper waste....AGA punyer paper....teruk la jawab paper tadi....rase macam sangant teruk la sem ni.......
aku ker yang banyak lalai dan buang masa???
aku rase macam dah study.....tapi, aku tetap macam tu gak.....
ermmmmmmmm..........
nikky pikir la paper akan datang lak....jgn la pikir sangat lagi yer???
ade lagi 3 paper.........
sabar dan teruskan usaha.....

Monday, April 21, 2008

pelik la sem ni....
aku semacam tidak merasakan bahang untuk menghadapi peperiksaan akhir semesta ini...
macam dah malas nk blaja.......
pelik laks...
mungkin sebab thesis kot
beabn yang berat sudah di keluarkan ....
tapi masih mahukan masa untuk enjoy!!!!!
eh2.... nikky tak cukup lagi ker mase enjoy ko tuh?????
ngade sungguh la die ni...........
paper waster stat rabu, hari ni dah isnin, satu hape pon tatau..........
dalam kepala ni satu input pon tade......
hahahahahahaha....gelak jahat tuh kat diri sendiri, result teruk baru tau.....
nikky ko ni mmg pemalas.....memang pemalas tahap gaban dah dak ni.....
huhuhuh
maaaaaaaaaaa..... mohon maaf sebab anakmu kini lalai...hohohohohho
Awek cun + balak hensem
Ini couple rileks sahaja. Tiada menunjukkan public affection yang berlebihan. Olang lain pun sinang melihat meleka.

Awek cun + balak tak hensem
Kebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak yang tidak hensem. Silapelhatikan balak itu, ada satu macam muka bangga sebab dia punya amoi cun. Kadang-kadang itu balak mesti pakai spec hitam mau kasik nampak sikit hensem. Boleh diperhatikan juga, itu balak suka buat lawak talak kelaka mau kasik tambat hati aweknya itu (tapi itu awek jalang ketawa, cuma senyum manis sahaja). Selalunya juga, balak itu mempunyai dompet yang tebal.



Awek tak cun + balak hensem
Lu boleh nampak itu awek mesti pegang kaw-kaw tangan balak dia yang hensem tamau kasik lepas. Wa pun tatau apa hat. Public affection yang terlampau2 juga akan dilakukan oleh itu awek tersebut terhadap balaknya. Boleh diperhatikan jua kadang2 itu balak hensem pun ada sikit segan sama itu awek punya tingkatlaku. Lepas itu aa, kalau ada amoi cun lalu tepi, ini awek tak cun mesti kasik jelingan maut terlhadap itu amoi cun. Selupa mau makan olang... Inseculity ploblem..

Awek tak cun + balak tak hensem
Ini couple talak sapa pedulik punya..no komen..

Group of girls + 1 guy
Selalunya berlaku di kedai makan.. Seolang lelaki di kelilingi kawan-kawan pelempuan nya. Sungguh selonok kalau dapat mendengar perbualan meleka. Lu akan pelasan, sambil meleka makan, itu lelaki mesti cakap paling banyak sambil buat lawak talak kelaka (tapi kawan2 pelempuannya mesti ketawa jugak)

Awek cun berpakaian seksi
Akan lamai olang melihat awek ini. Tetapi awek ini talak kisah sebab besar kemungkinan dia sulah biasa mendapat pandangan seperti itu. Awek seksi ini suka menunjukkan buah-buahan di dada nya, atau pusat nya di khalayak lamai kelana dia tau badan nya ada powah.. Seperti juga lu ada keleta cantik ka lumah besar ka jam balu ka mesti kasik olang tengok, so boleh pelasaan ada happy. ini awek pun sebegitu jua.

Awek tak cun berpakaian seksi
Hoiyoooo ini manyak keji punya polumpuan. Lu balang talak cantik kasik tutup mahh, jangan bikin olang lain saakit mataa. Ini spesis juga suka menipu dili sendili dengan mengatakan "I wear sexy and I feel good" ataupun "I have the right to wear anything I want"... Sememangnya meleka melasakan bahawa berpakaian seksi boleh menjadikan meleka jadi lagi lawa.. Wa tidak lasa begitu. Huduh akan tetap huduh. Tetapi jikalau huduh & sexy?? Tepuklah lu punya dada tanya selera ada lalu ka Tatau apa mau cakap lagi woo..

Tuesday, April 15, 2008

buat sahabat2 ku kini, dulu dan selamanya........


aku mohon maaf jika tersilap kata n terkasar bahasa
selamat mengahadapi peperiksaan akhir semesta
semoga kita berjaya....(^_-)
Dapatkan TestiGoodLuck Di sini

Sunday, April 13, 2008

Hanya Kau Yang Mampu*** aizat AF5

















Ku cuba redakan relung hati
Bayangmu yang berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan kau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo
Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo
Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo

Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
ooooo
april 12, diner kolej berlansung dengan jayanya, tapi aku kesana dengan mood yang agak tak best sebab kitaorang sesat n kete rosak....tapi ika, tape nik tak marah pon....kite same2 tanggung kan....akhirnya Alhamdulillah selamat...........


GADIS, masih lagi seperti biasa..............
dingin, sedingin udara di HOTEL CROWN MUTIARA plaza itu.........
aku tanye sepatah, sepatah kamu jawab.........
aku bukan ape, aku kesian kan kamu.....semalam kamu ade shida, tapi bila bersama spsian?????
kamu mmg nk ker kene pulaukan????
dah rase kamu boley tongkat langit ker?????
boley nk hdup sorang diri????
independent????
aku tak nampak dimana INDInya kamu.............
GADIS, aku masih ade perasaan untuk mengajak kamu walaupon kamu begitu dingin terhadap aku, tapi kamu macam tiada rasa bersalah........buat bodo
macam aku ni, tiada guna
aku amat terasa digunakan oleh kamu!!!!!
sungguh aku terlalu lambat mengerti...........aku yang bodo
atau pe?????
aku kadang2 da rimas n malas nk layan karenah kamu..........
tapi aku tak sekejam itu nk pulaukan kamu
aku serba salah fiirkan kamu,,
buat sakit kepala otak aku jer...........................
ak pon da malas nk layan..........GADIS yang tanpa jemu sakiti hatiku

Saturday, April 12, 2008

bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
seteleh thesis ku selasai menjadi sebuah buku.......aku amat bahagia
kerana tugas ku selesai...walaupun aku banyak hadapi dugaan... dan jg banyak kali
keputusan semangat dalam menyiapkanya....Alhamdulillah...syukur
kini, aku perlu teruskan perjuangan ku untuk menghadapi final yang semakin menghampiri aku.........
ak juga berbangga dengan diri ku walau pun perit n penat dalam semesta ini, aku sudah hampir ke penghujungnya........cuma 1 aku perlu berjuang untuk yang seterusnya....
erm.....aku bahagia menjadi aku, aku sungguh bertuah walaupun aku bukan sekaya n sesenang kawan2 aku yang lahir daripada keluarga yang senang, aku bahagia dengan hidup ku yang serba kekurangan.............
ma, abah n adik2 ade dalam aku kekusutan dan mereka banyak memberikan aku semangat dalam meneruskan perjuangan aku.... AWAK juga banyak menolong aku dalam hidip ini....terima kasih kepada semua...........
semoga kalian bahagia............

terlambat mengerti...maaf kan aku yang begitu

Sedetik waktu ku melupakanmu
Kini menjadi sesal di hatiku
Dan kepergianmu membuatku mengerti
Tanpamu di sini ku merindukanmu


Dan semua yang pernah kau berikan
T'lah membuka mataku
Untukmu


Kini ku mencintaimu memiliki dirimu
Dan waktu t'lah merubah segalanya
Masih kah dirimu mencintaiku
Maafkan aku ku terlambat mengerti

Dan semua yang pernah kau berikan
T'lah membuka mataku
Untukmu

Kini ku mencintaimu memiliki dirimu
Dan waktu t'lah merubah segalanya
Masih kah dirimu mencintaiku
Maafkan aku ku terlambat mengerti

Masihkah ada waktu yg tersisa
Tuk kembali padamu mencintaiku
Ohh

Wednesday, April 9, 2008

~~ tak sangka~~

SUFIAH TAK KESAL JADI PELACUR

Ramai lagi generasi Msia yang tersasar, sufiah bukan rakyat Msia.Apa yang UMno be end buat utk selamatakan remaja Islam Msia???

LONDON: Seminggu selepas kisah hidupnya sebagai pelacur terbongkar, wanita pintar matematik, Sufiah Yusof, membuat satu lagi kejutan apabila mengakui tindakannya menjual tubuh memberinya kehidupan jauh lebih seronok dan glamor, berbanding kejayaannya memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun.

Malah, Sufiah membuat pengakuan berani sebagai 'wanita penuh berahi' yang suka membaca kisah hidup dan watak pelacur dalam drama televisyen serta mampu menerima bayaran £1,000 (RM7,000) bagi setiap sesi perkhidmatannya atau pendapatan tahunan kira-kira £60,000 (RM420,000).

Anak ketiga daripada lima beradik itu juga mengakui masih trauma dan terus dihantui pengalaman peritnya ketika zaman kanak-kanak apabila didera bapanya, Farrooq Yusof, termasuk sehari suntuk belajar matematik di dalam bilik amat sejuk atas alasan dapat menambah daya ingatannya.

Sufiah, janda berusia 23 tahun, mendakwa hubungannya dengan keluarga kini semakin renggang.

"Saya tergamam dengan apa yang berlaku kepada ibu. Ya, saya ada menghubungi mereka, tetapi saya tidak mahu mengandaikan pandangan mereka terhadap kehidupan baru ini. Saya tidak rasa kesal langsung. Saya lebih yakin dengan tubuh ini serta pekerjaan saya," katanya dalam temubual dengan wartawan tabloid, News of The World.

Sufiah memutuskan untuk membuat pengakuan itu selepas tabloid berkenaan sebelum ini mendedahkan kisah hidupnya yang melacur dengan mendapat bayaran kira-kira £130 (RM910) sejam.

Pendedahan tabloid berkenaan minggu lalu, menjadi perkembangan penuh tragik bagi Sufiah yang sebelum ini melalui kehidupan yang dipenuhi banyak peluang cerah, tetapi bertukar sebaliknya selepas melarikan diri dari universiti dan keluarga pada usia 15 tahun kerana tidak tahan dengan sikap buli bapanya.

Ibu Sufiah, Halimaton Yusof berasal dari Muar, Johor, bapanya, Farooq dari Pakistan . Bapanya kini menjalani hukuman penjara 18 bulan selepas didapati bersalah mencabul dua pelajar perempuan berusia 15 tahun ketika mengajar matematik di rumah mangsa.

Farooq juga pernah dipenjara tiga tahun pada 1992 kerana didapati bersalah dalam kes pemalsuan pembiayaan sewa beli. Halimaton kini dalam proses menuntut cerai dengan Farooq selepas berkongsi hidup lebih 30 tahun.

Kakak Sufiah, Aisha, 25, pula sudah berkahwin dan tinggal berasingan, manakala abangnya, Abraham, 26, serta dua adik, Iskander, 21, dan Zuleika, 14, tinggal dengan Halimaton.

Mengimbau detik pertamanya bertukar daripada pelajar pintar kepada pelacur, Sufiah berkata dia bekerja sebagai pembantu pentadbiran dengan pendapatan kira-kira £16,000 (RM112,000) setahun di Manchester , apabila dihampiri ketua agensi teman sosial yang menyebabkannya terjerumus ke kancah pelacuran.

Ketika itu, dia dihimpit hutang termasuk bebanan kad kredit kira-kira £3,500 (RM24,500).

Namun, Sufiah tanpa segan silu atau rasa kesal, yakin statusnya sebagai pekerja seks memberi jawapan kepada semua permasalahannya.

"Saya menjadikan pelanggan tidak keruan dengan membacakan formula matematik ketika kami berasmara. Pelanggan saya sukakan kemampuan saya kerana dapat merangsang minda dan badan mereka secara serentak.

"Saya tidak berasakan semua pendidikan yang diterima selama ini sia-sia. Malah, saya lazimnya membawa kertas tugasan yang perlu diselesaikan sebelum temu janji dengan pelanggan," katanya.

Lapan tahun selepas mencipta nama sebagai pelajar pintar, Sufiah, dakwa tabloid itu, tidak menunjukkan sebarang kekesalan apabila memandang tinggi karier barunya sebagai pelacur.

"Ramai yang memandang rendah tugas sebagai teman sosial ini, tetapi saya tidak menganggapnya sedemikian. Lagi pun saya sememangnya mempunyai nafsu seks yang tinggi.

"Kini saya memperoleh semua seks yang saya ingini. Lelaki juga jauh lebih baik di ranjang dengan teman sosial berbanding teman wanita sendiri.

"Saya mempunyai pelanggan yang terpesona dengan keupayaan matematik saya. Malah, ada seorang pelanggan yang meminta saya membacakan kaedah matematik termasuk algebra ketika kami berasmara. Ia terbukti menjadikannya lebih seronok," katanya.

Sufiah juga mendakwa pendapatannya tidak kurang hebat kerana memberinya wang yang lumayan.

"Ya, saya menikmati kehidupan yang baik dan mampu mengawalnya. Saya bencikan pandangan masyarakat yang stereotaip mengenai tugas sebagai teman sosial. Ia jauh berbeza daripada tanggapan salah mereka.

"Pelanggan saya juga tidak kurang hebatnya dan melayan saya seperti puteri. Ada seorang lelaki yang sering saya temui di London membelikan saya pakaian Gucci berharga £700 (RM4,900) dan membawa saya ke Selfridges untuk memilih apa juga beg tangan yang saya mahukan.

"Pada sebelah malam, kami makan malam bersama dan dia membawa saya pulang ke hotel. Saya berasa seperti (aktres) Julia Roberts dalam Pretty Woman.


Tuesday, April 8, 2008

ermm....dah agak dah,mesti tak siap punyer......
tapi tape aku kene buat yang terbaik sebab aku nak sambung bidang nie........
erm....
maaf la wahai supervisor Ku yang disayangi....
tak sempat aku menghantar draf hari ini...................banyak lg kene edit...
huk2

Monday, April 7, 2008



waaaa dah agak da....bile ambil semula draf thesis tu kene betulkan balik........
waaaaaaaaa....banyak la....dah la die nk suh antar sok pg.....
ingt ak ni robot ker????
huks.........huks.....huks....mama nak balik
tapi kawan aku cakap sabar......sikit jer lagi ni.........
jumaat ni dah kene antar...........
kuatkan la semangat akuuuuuuu.......

Sunday, April 6, 2008

..:: Putra..Putri..& Keperibadianmu ::..

Siapakah Putra..dan siapakah Putri..
Putra yang gagah…Putri yang lemah-lembut..
Putra yang tampan…Putri yang cantik..
Putra yang macho…Putri yang cun..
Putra yang bijak..sudah tentulah Putri pun bijak…
Kerana kedua-duanya punyai akal fikiran..
Tidak seperti mamalia yang lain..



Dalam arus pemodenan globalisasi…
Putra dan Putri harus pandai menbawa diri..
Bukan pandai bawa diri yang merajuk..
Untuk itu dan ini..
Tapi pandai jaga diri…
Mahupun persekitaran duniawi…
Untuk menjanjikan kebahagian dan kesejahteraan duniawi dan ukhrawi

Putra..semangatmu kuat..
Bagaikan api yang menyemarak..
Tapi adakalanya apimu itu bisa dipadamkan dengan mudah..
Putri..semangatmu sekadar di pinggiran macam lagu Francesca Peter
Tapi adakalanya kamu bisa memadamkan api yang menyemarak pada Putra..

Putra berjalan kembara waktu
Putri pun tidak mahu ketinggalan..
Kata Putri..Putri mahu jadi seperti Putra..bahkan lebih dari Putra..
Jangan pandang Putri sebelah mata..
Sebab Putri punyai sepasang mata...sama macam mata Putra..bahkan lebih cantik..

Putra hidup gembira di sini..
Putri hidup gembira di sana..
Dalam pada kegirangan itu..
Putra dan Putri tetap saling memandang…
Kerana Putra punyai hati..Putri juga punyai hati..
Tapi masing-masing punyai separuh hati..
Jadi Putra dan Putri masih tidak sempurna..
Kerana kesempurnaan itu terletak pada hati yang penuh..(",)

saye tak suke AWAK!!!


















Petang Jumaat Penuh Sejarah
Saya Dapat Satu Panggilan
Dari AWAK yang saya tak pernah kenal
Kononnya ingin mengenali rapat

Pulang dari kerja
AWAK pintas jalan saya
Kononya nak ajak minum sempena hari kelahiran saya
Entah dari sumber mana AWAK tahu
AWAK dan kawan saya mula desak
Akhirnya saya terima
Kita minum petang
Tapi hanya AWAK ngan kawan saya je cakap
Sementara saya hanya diam
Sebab saya tak suka AWAK



Mulai ari itu
Bagaikan satu kewajipan
AWAK akan menghubungi saya setiap hari
Dalam tempoh yang agak kerap
Saya layan acuh tak acuh
Sebab saya tak suka AWAK

AWAK sering kunjungi saya di opis
AWAK tahu saya tak suka
Tapi AWAK bagaikan tiada rasa
Terus kunjung tak putus asa
Hubungi saya tak kira masa
Saya marah AWAK, AWAK buat tak tahu jea
Sebab AWAK pun tahu, saya tak suka AWAK

Akhirnya AWAK luah rasa
Kata AWAK saya istimewa
Inginkan tempat di hati saya
Tapi awak pun tahu
Yang Saya tak suka AWAK


Walau tak diberi peluang
AWAK tetap menunggu
AWAK kata AWAK tak kisah
Walau apa jua tindakan dan ekspresi wajah saya
AWAK terima ngan tenang
Dan wajah AWAK tak lekang dari senyuman

Adakala saya terfikir
Wajarkah tindakan saya
Keterlaluan kah saya
Selalu marah AWAK tapi AWAK tetap jea ‘cool’
Tapi ini semua kerana
Saya tak suka AWAK

Akhirnya saya buat keputusan
Melarang AWAK hubungi dan kunjungi saya
AWAK tetap hubungi dan kunjungi saya
Tapi kali ini tiada balasan dari saya
Walau rakan menasihati akan tindakan saya
Saya tetap berkeras
Sebab saya tak suka AWAK

Bulan berganti bulan
AWAK mula kurangkan aktiviti AWAK
Kunjungan yang tidak berbalas semakin berkurangan.
Tapi AWAK tak tahu,AWAK jea yang tak nampak saya
bila AWAK pergi saya ader perhati AWAK
Langkah AWAK layu, sesayu hati AWAK
Maafkan saya.

Tahun berganti tahun
Tiada lagi kunjungan dan deringan tepon dari AWAK
Tapi saya tahu, awak risik khabar saya dari teman
Sebab AWAK tak tahu, kawan saya bukan boleh simpan rahsia pun

Menjelang syawal, entah kenapa saya teringat AWAK
Teringat akan sikap saya yang negatif terhadap AWAK
Walau negatif AWAK tetap balas positif
Tinggi betul kesabaran AWAK

Dan malam itu untuk kesekian kali
Saya hubungi AWAK,
Mohon ampun dan maaf
Moga ramadhan berlalu dengan penuh keberkatan
Walau dingin balasan AWAK
Saya tetap bersyukur
Salam saya bersambut
Silap saya diampun
Namun tetap saya rasa
Dingin awak mengundang malu di sudut hati saya

Dalam kemeriahan syawal
Saya terima panggilan
Saya agak kaget
Nak jawab ke tak jawab
Dan deringan itu bagaikan tak lelah bernyanyi
Akhirnya saya jawab
Sebab panggilan itu dari AWAK

Dengan penuh kematangan
AWAK pinta pertimbangan
Saya kalah ngan usaha AWAK
Saya beri peluang tapi dengan jelas
Saya tetap tak suka AWAK

Dengan penuh kesabaran
AWAK isikan peluang
Dengan kelebihan AWAK
Kali ini AWAK hadir dengan seribu kematangan
Tiada lagi paksaan dan rengekan bak anak kecil
Sebaliknya AWAK gunakan diplomasi
Sebagai pemangkin satu hubungan

Adakalanya ketulusan AWAK dibalas dengan kemarahan saya
Dan adakalanya saya sendiri tak tahu apa motif kemarahan saya
Mungkin sebab saya tak mahu mengakui
Yang saya mula dah sukakan AWAK.

Hari berganti hari dan bulan berganti bulan
AWAK manjakan saya dengan kasih dan sayang
Kasih sayang yang penuh penghormatan
Kerna sepanjang perhubungan ini
Tak pernah tangan ini AWAK sentuhi

Dalam samar lamaran diterima
Tempoh setahun ikatan janji
Sambil mencari keserasian diri
Akhirnya Jun jadi saksi
Status kini bertukar lagi
Dari solo menjadi seorang isteri

Dan kini AWAK tersenyum,
Suka mengusik suka mengejek
Kisah lalu AWAK jadikan bahan
Buat saya nak marah AWAK
Namun kekadang lucu terselit di hati
Tak sangka yang AWAK kini bergelar suami
Pada saya yang keras hati

Hari ini 2 puteri menjadi penyeri
Menjadi penghibur dan penglipur ayah dan ummi
Rasa bahagia dan terharu di hati
Awak ringan tangan tak mengira hari
Buat saya senang hati

Tangisan 2 puteri mengamit diri
Rupanya bercakaran sesama sendiri
Seorang penyabar seorang keras hati
Persis tingkah ayah dan ummi
Awak tenangkan dengan diplomasi
Membuat saya tersenyum sendiri
Tingkah AWAK tak pernah berubah
Laku AWAK tetap menyenangkan
Si puteri tenang kembali
Hilai tawa bergema lagi

Kini deringan kembali bernyanyi
Yang pasti nyanyiannya sentiasa disambut
Malah dinanti
Walau berjumpa setiap hari
AWAK tak jemu menghubungi
Sehingga saya menjadi bahan usikkan teman seopis
Macam tak jumpa setahun jea kata mereka
Saya tak marah malah kekadang terselit rasa bahagia
Yang tak terluah dek kata kata

Baru sebentar tadi deringan berbunyi lagi
AWAK bertanya khabar diri
Alhamdulillah bahagia dan senang hati
Walau kijer banyak sekali
Panggilan awak sering dinanti
Dan saya harap deringan sentiasa menemani
Dan saya tak jemu menanti
Walau usikan sering bergema namun saya seakan lali
Moga mereka turut bahagia dan doakan kebahagian kita
Dunia akhirat kekal abadi.

Saturday, April 5, 2008

berakhirnya WMpp presentation

Nak tahu...hari ni adalah hari yang terakhir bagi wMpp...dan Alhamdulillah walau kumpulan tu ade sedikit tegang, kami dapat grup ke-2 terbaik untuk seluruh grup, daripada 16 grup.....


Tapi, ade jer manusia yang menspoilkan mud aku....
ermmmmmmm.....mengeluh panjang la dengan perangai die ni.....
dari semalam, pelik, gediks, memyampah la plak aku tengok.....
tp...tape la pape pon.....biarla die...
alangkah best nyer aku lau dapat ubah mentaliti aku pada die....
dulu aku pandang die macam baik, perfect, tapi bila dah kenal...arhhhh
sakit hati bile dengan die....tapi aku boleh buat tatau lagi
tapi sekarang.....aku tak tahan kadang2....
aku salah ker????.............GADIS


ermmm....kenape lak suh die bace blog aku ni....
segan la plak....ermmm
betul watak AWAK tue.....
tapi aku belum berani cakap pape lagi....selagi belum confirm.....
pelik la dengan AWAK ni....penah la jugak org len approach....
tapi dengan AWAK, semakin aku lari, aku akan cari AWAK la jugak.....
eermmm....AWAK ni bagi aku ubat gune2 ker??????
hahahaha
tak la............
mesti la tidak......



GaDis......

gadis..........
kamu ni selalu sangat menjengkel kan aku, aku bukan nk perasan tapi, cara kamu buat aku terasa sehingga kadang-kadang aku seperti tak sanggup untuk memandang mu.....
gadis..........
sedang kan aku harus menatap kamu untuk 1 semester lagi....
sesungguhnya aku sudah penat untuk mengikut rentak mu.....
cara kamu sangat la menyampahkan aku....
gerak gaya mu..macam la kamu jer yang cantEEEEEEEEq....
mungkin aku tidak sebaik kamu gadis pada pandangan mata umum...
tapi bagi aku...aku taidak menipu diri aku sendiri.....
gadis.......

  • gadis: cantik la bontot kiter menari
  • sedangkan aku: malu la lau org tgk...tapi aku dah terambil kos ni....uhuks
  • aku: kamu, tolong save kan aku gambar2 tarian....
  • gadis: dah.....aku dah save...
  • aku: balik ke bilik cek...satu pon tade
  • gadis: tak sangka cantik giler kite atas pentas menari
  • kawan A: cantik la baju kau
  • aku: aku dah beli lame cume tak pakai...segan
  • gadis: lau aku..aku potong jer tali tue....menyampah aku...( pandang tempat lain sambil gediks2)
  • aku:ermm.....(pandang tempat lain..malas nk layan)

Thursday, April 3, 2008

  • aku tatau la...
  • aku ker die yg weeenng .............
  • tp aku rase ak tak la kot wenggg.........
  • bodo punyer pompuan...ak dah la nk buat die tak terase yg aku makan hati ngn die
  • boley lak die wat bodo...
  • macam la aku yg salah
  • ak bukan nk ckp ak betol....
  • ko tggl ak semalam tok atandance tu aku sgt la terasa...tp ak wat bodo je.........
  • boDoooooooooooooooooooo
  • bangang............
  • siOOOOOOOOOOOOOOOOOOt
  • eiiiiiiiiiiiiiiiii
  • aku sgt la marah....
  • ak berdosa ker????
  • pagi ni aku cube nk baik2
  • tp die
  • buat muke macam siOOOooooot
  • arghhhhhhhhhhh
  • bodoOo

bODOOOOOOOOOOOOOOOO..........eiiiiiiiiiiiii